fbpx

Banjir: Pindah semula ke PPS selepas 3 hari pulang ke rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mek Yam (kiri) berpindah kali kedua ke PPS SK Gual Tok Deh, Rantau Panjang selepas rumahnya dinaiki air semasa gelombang kedua banjir yang berlaku semalam. - Foto oleh ROHANA ISMAIL / KOSMO!

RANTAU PANJANG – Penduduk di Kampung Bendang Perol, Tok Deh dan Tersang di sini terpaksa berpindah semula ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tok Deh selepas kedua-dua kampung tersebut dilanda gelombang kedua banjir.

Seorang warga emas dari Kampung Bendang Perol, Mek Yam Ahmad, 82, berkata, dia baru pulang ke rumahnya tiga hari lalu, namun perlu berpindah semula ke PPS itu sekali lagi apabila air naik akibat hujan lebat.

Katanya, kawasan rumahnya dinaiki ai kira-kira 0.7 meter sehingga menyebabkan dia dan keluarga berasa tidak selamat untuk terus tinggal di rumah.

“Selesai solat subuh semalam, saya bersiap-siap untuk berpindah ke PPS kerana air akan masuk ke dalam rumah pada bila-bila masa sahaja.

“Nasib baik ada anak-anak yang membantu saya menaiki perahu. Saya susah untuk berjalan kerana sakit lutut,” katanya ketika ditemui pemberita di PPS SK Tok Deh di sini hari ini.

Luah Mek Yam, dia penat berdepan situasi banjir yang berulang hampir setiap tahun kerana tempoh bah kebiasaannya berlanjutan sehingga ke bulan Februari.

“Selagi musim Monsun Timur Laut tidak berakhir, selagi itu rumah saya akan dinaiki air sekiranya hujan lebat,” katanya.

Seorang lagi warga emas, Zainab Ibrahim, 74, dari Kampung Tersang berkata, rumahnya dimasuki air setinggi 0.2 meter selepas hujan lebat berterusan selama dua hari.

Menurutnya, dia menjangkakan gelombang kedua banjir akan lebih teruk berbanding dua minggu lepas berdasarkan situasi hujan yang berlaku ketika ini.

“Penat kena pindah sekali lagi, tetapi saya tetap resa dengan keadaan ketika ini. Lebih bahaya tinggal di rumah semasa hujan lebat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI