fbpx

Empat nelayan ditahan guna radar, peranti tanpa lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Radar dan peranti tanpa lesen dirampas APMM Pulau Pinang di perairan Pulau Betong, semalam.

GEORGE TOWN – Tiga kru bot nelayan warga Thailand termasuk seorang tekong rakyat tempatan ditahan Maritim Malaysia (APMM) selepas dipercayai menggunakan radar dan peranti tanpa kelulusan, semalam.

Pemangku Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Komander Maritim SP Nak Rong berkata, pihaknya telah menahan sebuah Bot Nelayan Tempatan (BNT) kelas C di kedudukan 10 kilometer barat laut Pulau Betong, tengah hari semalam.

“Bot peronda yang ditugaskan di dalam perintah operasi telah mengesan sebuah bot nelayan tempatan terbabit yang sedang bergerak diposisi berkenaan.

“Bot peronda menghampiri BNT tersebut dan pasukan menggeledah telah melakukan pemeriksaan lanjut dan mendapati terdapat empat kru termasuk tekong warga Malaysia dan Thailand berada di atas bot berkenaan. Kesemua mereka berumur 20 hingga 53 tahun,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut juga mendapati bot terbabit tidak mempunyai kelulusan penggunaan radar dan peranti di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 mengikut seksyen 231.

“Kesemua kru dan bot bersama anggaran 300 kilogram telah ditahan di Jeti Limbongan Batu Maung petang semalam bagi siasatan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI