fbpx

Wanita maut trak pikap bertembung lori tangki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita maut selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya terbabit kemalangan dengan sebuah lori tangki minyak di Jalan Batu 18, semalam. - Foto IHSAN BOMBA

SANDAKAN – Seorang wanita maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabit kemalangan dengan lori tangki minyak di Jalan Batu 18, di sini semalam.

Mangsa, Same Hebo yang berusia dalam lingkungan 50-an tersepit di tempat duduk pemandu disahkan meninggal dunia.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Severinus Sainkui@Nizam berkata, sebaik menerima panggilan pada pukul 9.21 pagi, sepasukan pegawai dan anggota bersama jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi.

“Kemalangan membabitkan lori tangki minyak bertembung dengan trak pikap jenis Toyota Hilux.

“Terdapat seorang mangsa wanita tersepit di Toyota Hilux dan dikeluarkan pasukan bomba,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh kakitangan Kementerian Kesihatan dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Pemandu lori tangki minyak berusia 40 tahun tidak cedera,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI