fbpx

Lelaki bunuh isteri dengan dumbel direman seminggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek dibawa polis ke Mahkamah Majistret Shah Alam pagi tadi. -- Foto oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED / KOSMO!

SHAH ALAM – Mahkamah Majistret di sini, sebentar tadi membenarkan tempoh reman tujuh hari ke atas seorang lelaki yang disyaki membunuh isterinya dengan dumbel di sebuah rumah di Jalan Sungai Congkak di sini, semalam.

Perintah reman bermula hari ini hingga Jumaat depan itu dikeluarkan oleh Timbalan Pendaftar Saidatul Akmar Suberi.

Terdahulu, suspek berusia 38 tahun itu yang diiringi anggota polis tiba di pekarangan mahkamah berkenaan pukul 9.20 pagi.

Tempoh reman itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang pensyarah kolej mati dibunuh suaminya sendiri menggunakan dumbel akibat cemburu, semalam.

Mangsa berusia 33 tahun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Shah Alam (HSA) kira-kira pukul 5.33 pagi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim dipetik berkata, suspek pada mulanya membawa isterinya itu ke HSA selepas dikatakan tidak sedarkan diri susulan mengalami sawan.

Namun, tembelang lelaki yang bekerja sendiri itu terbongkar apabila pemeriksaan awal doktor mendapati terdapat kecederaan di beberapa bahagian tubuh simati. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI