fbpx

Berhabis duit ‘buat muka’, Zoey Rahman pekakkan telinga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZOEY RAHMAN

KUALA LUMPUR – Pernah dituduh menipu menjual produk tanpa testimoni pada diri sendiri, pelakon Zoey Rahman mengakui terguris dengan cacian netizen, namun memilih untuk memekakkan telinga.

Ujar pemilik nama penuh Mohd. Hairey Azhar Abdul Rahman itu, tidak mudah bergelar usahawan apabila bukan sahaja perlu berdepan kecaman malah harus berwaspada agar tidak dikhianati orang terdekat.

“Sepanjang saya berniaga sejak 2018, bermacam-macam cacian dan sindiran yang saya terima. Saya pernah dituduh menipu pelanggan kerana tidak pakai produk yang dijual dan hanya buat muka.

“Demi Allah, saya pakai semua produk yang saya jual. Ada yang tikam saya, bukan sahaja daripada belakang, malah depan mata. Mereka itu pula ialah orang saya kenal, jadi mahu atau tidak, saya buat tidak tahu sahaja.

“Walaupun perit, kata-kata negatif yang dilemparkan itu membuatkan saya berkobar-kobar untuk membuktikan produk penjagaan wajah saya boleh berjaya,” katanya kepada Kosmo! Online.

Pada masa sama, aktor berusia 38 tahun itu memberitahu, terdapat netizen yang melabelkan dirinya sendu sehingga perlu meniaga untuk menyara kehidupan seharian dan membiayai kos rawatan mukanya.

“Ramai cakap saya meniaga sebab sudah mula sendu dan habis duit buat muka. Jujurnya, saya tidak kisah untuk jual produk dan buat siaran langsung sampai pukul tiga, empat pagi kerana itu memang minat saya.

“Kata mereka saya sepatutnya duduk dalam bilik berhawa dingin dan goyang kaki memandangkan saya majikan dan bukannya perlu bekerja keras seperti kuli.

“Mereka tidak tahu, Siti Nurhaliza, Jovian Mandagie, Neelofa masing-masing adalah ‘founder’ di syarikat yang besar dan maju. Mereka sendiri turun padang dan buat sesi jualan siaran langsung di platform e-dagang masing-masing,” ujarnya pada majlis anugerah Shopee Super Awards 2023, semalam.

Pada majlis itu, Zoey menerima anugerah industri e-dagang terunggul Shopee Super Awards 2023, melihat kepada prestasi cemerlang perniagaannya di platform itu sepanjang tahun ini.

Selain Zoey, antara selebriti yang turut menerima penghargaan tersebut ialah Neelofa, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Jovian dan Ainul Aishah. — KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI