fbpx

Kepala kucing ditembak dengan harpun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEEKOR kucing masih hidup walaupun kepalanya ditembak dengan harpun di Nakhon Phanom, bulan lalu. - Foto Viral Press

BANGKOK  – Seekor kucing masih hidup walaupun cedera ditembak di kepala dengan senjata harpun di wilayah Nakhon Phanom, Thailand pada awal bulan lalu, lapor portal berita metro.co,uk kelmarin. 

Kucing  berusia dua tahun bernama Funo itu ditemui oleh pemiliknya dengan harpun menembusi kepala  tetapi tidak terkena otak dan saraf tunjang haiwan itu. Ia ditemui di tepi sebatang jalan raya pada 22 November lalu.

Pemilik Funo, Fon Thongchai kemudian meminta bantuan pihak berkuasa di sebuah balai polis, tetapi dia diarahkan menemui doktor haiwan.

Imbasan X-ray menunjukkan harpun itu telah hampir menembusi otak Funo. Pembedahan kemudian dilakukan untuk mengeluarkan senjata itu.

Thongchai berkata:  “Saya sangat lega kerana kucing peliharaan saya Funo selamat. Ia  sebahagian daripada keluarga kami.

“Saya tidak tahu siapa yang tergamak menembak kucing. Saya faham tidak semua orang suka kucing, tetapi tidak perlu menyakiti haiwan itu seperti ini,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI