fbpx

Satu-satunya penumpang bas dari lapangan terbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARIHAREN bergambar dengan pemandu dan kru bas yang berlepas dai lapangan terbang Bengaluru baru-baru ini. - Foto X/@Hariharen S.S)

NEW DELHI  – Seorang lelaki menjadi penumpang tunggal sebuah bas yang bertolak dari lapangan terbang Bengaluru, India apabila dia menaiki pengangkutan awam itu baru-baru ini, lapor akhbar  Hindustan Times.

Lelaki dikenali sebagai Hariharen S.S berkongsi gambar itu di media sosial pada Isnin lalu. Ia menunjukkan dia merupakan satu-satunya penumpang bas tersebut selain pemandu dan seorang kru. 

“Sedang pulang dari lapangan terbang. Dua lelaki ini mengendalikan bas hanya untuk saya. Berikan saya teman yang baik dan perjalanan yang selamat pulang ke rumah.

“Rasa pelik menjadi satu-satunya lelaki yang menaiki bas Rapido di bandar yang sesak dengan lalu lintas,” kata Hariharen. 

Dia turut berkongsi gambar dirinya bersama pemandu di dalam bas yang kosong itu.

Sejak dikongsi di media sosial, video tersebut mendapat lebih 5,000 tontonan.

Seorang netizen menulis: “Ya, mereka sangat menepati masa. Saya pernah menggunakan perkhidmatan ini dari terminal Bas Majestic. Bergerak dengan hanya seorang penumpang bermakna ia menepati masa seterusnya mendapat keyakinan pengguna.”  –  AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI