fbpx

Tukang gunting rambut ‘tokan’ dadah lelaki botak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelanggan-pelanggan lelaki itu hanya berada dalam tempoh yang singkat di kedai itu. - Oddity Central

ROM – Polis menahan seorang tukang gunting rambut di bandar Genoa, Itali kerana disyaki mengedar dadah selepas menyedari ramai pelanggan botak dan berjanggut mengunjungi kedainya. 

Laman berita Thaiger melaporkan, pegawai polis di daerah itu mengesyaki bahawa aktiviti pengedaran dadah berlaku di kedai berkenaan walaupun mereka tidak mempunyai petunjuk atau bukti yang jelas.

Siasatan kemudian dilakukan dengan polis mengumpul maklumat tambahan dan dibantu oleh anggota stesen pengawasan Forte San Giuliano  bagi mendapatkan petunjuk tambahan. 

Polis mendapati pelanggan-pelanggan lelaki itu hanya berada dalam tempoh singkat di kedai itu dan tidak memerlukan sebarang khidmat dandanan rambut. 

Siasatan lanjut mendedahkan bahawa semua pelanggan tersebut terdiri daripada pelbagai peringkat usia dan mempunyai pelbagai latar belakang pekerjaan. 

Semasa serbuan dilakukan baru-baru ini, polis berjaya merampas beberapa gram ganja, 100 gram kokain, alat penimbang berketepatan tinggi dan alat pembungkus dadah di loteng kedai itu. 

Pengedar dadah yang juga tukang gunting rambut di premis itu kemudian dibawa ke penjara Marassi dan sedang menunggu keputusan penghakiman. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI