fbpx

Malaysia mahu tingkatkan ekonomi, pelaburan dengan Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Kauthar, Seksyen 4 Bandar Baru Bangi hari ini. - Foto oleh AMIR KHALID / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Malaysia berhasrat untuk meningkatkan lagi kerjasama daripada segi ekonomi, pelaburan dan perdagangan dengan Jepun.

Hasrat tersebut akan dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Jepun yang dijadualkan berlangsung bermula esok hingga Isnin ini.

“Sempena 50 tahun ASEAN, Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida dan kerajaan akan mengadakan pertemuan dan kunjung hormat kepada Maharaja Jepun.

“Perbincangan itu tentulah untuk tingkatkan kerjasama ekonomi, pelaburan, perdagangan dengan negara Jepun,” kata Anwar kepada media selepas beliau menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Kauthar, Seksyen 4 Tambahan Bandar Baru Bangi di sini hari ini.

Anwar dijangka berlepas ke Tokyo, Jepun bagi menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Jepun petang ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI