PETALING JAYA – Seorang wanita menjadi tular ekoran ‘ketagih’ dengan bantal yang digunakan dan dimilikinya sejak tahun 1998 sehingga kini.
Menerusi akaun TikTok @intaaaaaa_tan, wanita berkenaan turut berkongsi beberapa video memaparkan dia sedang menghidu ‘bantal busuk’ itu yang kini kelihatan sudah hancur lunyai.
“Layan lagu budak sekolah dulu sebelum gerak balik Kuala Lumpur,” tulisnya pada kapsyen.
Perkongsiannya itu menarik perhatian ramai, malah dalam masa sama ada juga turut mengaku memiliki bantal busuk yang berusia lebih 45 tahun.
“Bantal busuk daripada bayi sampai 22 tahun masih pakai. Tak boleh dibasuh ya, nanti menangis,” kongsi @Fatin.
“Tak pernah ada bantal busuk. Sejenis yang memang kena tukar sarung bantal setiap dua minggu. Aku tak boleh tidur kalau ada bantal-bantal sekeliling yang berbau,” kata @sweetradish.
“Bantal acik dah lebih 45 tahun tapi masih baik lagi. Cuma tu la, rapuh sikit macam tuannya,” ujar @Titi Sahak. – KOSMO! ONLINE
@innnnnn_tan layan lagu budak sekolah dulu sebelum gerak balik kl 🤩🤩🤩 #fypage #budaksekolah #bantalbusuk #kesayangan #1998 ♬ bunyi asal – ᴀɴɪǫ_ғɪᴇʀᴀ.ғᴀɴs – New_Dxmiaaz