fbpx

Pokok jadi penyelamat 4 remaja ketika dihanyut banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat remaja selamat selepas dihanyut banjir di Kampung Mengketil, Machang hari ini. FOTO IHSAN BOMBA

MACHANG – Empat sekawan remaja berdepan detik cemas selepas mereka dihanyut arus banjir sebelum tersangkut pada sebatang pokok di Kampung Mengketil, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.18 petang itu, kesemua remaja berusia 16 tahun itu sempat diselamat oleh anggota bomba.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Mokhtar Che Mah berkata, selepas menerima panggilan kecemasan, seramai lapan anggota bergegas ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 10 kilometer dari balai bomba.

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, keempat-empat remaja itu sudah dihanyut banjir sejauh 150 meter dan tersangkut pada pokok.

“Anggota bomba menjalankan operasi menyelamat mangsa dengan menggunakan tali. Keempat-empat remaja itu berjaya diselamatkan.

“Anggota bomba menyerahkan kesemua mangsa untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mokhtar memberitahu, operasi menyelamat tamat pada pukul 5.51 petang tadi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI