fbpx

Tang Jie-Ee Wei bangkit raih kemenangan sulung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menggalas misi wajib menang ke atas beregu Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai esok bagi mencerahkan peluang ke separuh akhir pada Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir 2023 di Hangzhou, China.

KUALA LUMPUR – Beregu campuran negara, Cheng Tang Jie-Toh Ee Wei terus menghidupkan peluang untuk ke separuh akhir pada Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir 2023 selepas menewaskan jaguh Jepun, Yuta Watanabe-Arisa Higashino.

Pada aksi kedua Kumpulan A yang berlangsung di Gimnasium Sukan Olimpik Hangzhou, China sebentar tadi, Tang Jie-Ee Wei meraih kemenangan sulung pada kejohanan itu apabila menang dalam aksi tiga set 12-21, 21-16, 21-16.

Selepas tewas kepada wakil tuan rumah, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping pada perlawanan pertama semalam, beregu No.8 dunia itu perlu menewaskan Watanabe-Higashino bagi mencerahkan peluang ke pusingan kalah mati.

Pada set pertama, Watanabe-Higashino menampilkan aksi cukup baik sehingga menyaksikan mereka menguasai sepenuhnya permainan dan memastikan kemenangan 21-12 dalam tempoh 14 minit.

Memasuki set kedua, Tang Jie-Ee Wei kembali memperkemaskan permainan dan mula menunjukkan aksi sebenar sebelum menang 21-16 meskipun pada satu ketika Ee Wei terpaksa memerlukan rawatan pada bahu kanannya.

Beregu negara tidak menoleh ke belakang lagi pada set penentuan apabila tidak membenarkan Watanabe-Higashino memintas kedudukan mereka meskipun diasak bertubi-tubi bagi memastikan kemenangan 21-16.

Tang Jie-Ee Wei kini menggalas misi penting bagi mencatat kemenangan kedua pada aksi terakhir peringkat kumpulan menentang beregu Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI