PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan (bahaya) melibatkan dua buah negeri di Pantai Timur.
MetMalaysia menerusi kenyataannya memaklumkan negeri-negeri yang terlibat adalah Kelantan dan Terengganu.
“Amaran hujan sangat lebat berterusan kategori bahaya dijangka melanda beberapa kawasan di Pantai Timur melibatkan negeri Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasit Puteh dan Kuala Krai) dan di Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu dan Kuala Terengganu),” jelasnya menerusi satu kenyataan.
Sementara itu, turut dikeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk susulan jangkaan hujan lebat berterusan di Kelantan (Gua Musang), Terengganu (Marang, Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Kuantan).
“Bagi tahap waspada pula, melibatkan Pahang di Jerantut, Pekan dan Rompin,” lapor MetMalaysia.
Sehubungan itu, orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini menerusi laman sesawang rasmi, aplikasi mobil myCuaca serta menerusi laman media sosial rasmi MetMalaysia - KOSMO! ONLINE