fbpx

Niat murni Syarifah Khyra perkasa wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYARIFAH KHYRA berjaya membantu golongan wanita menerusi jeli Bellrossa Advances.

SETIAP pasangan bergelar suami isteri pasti mengimpikan kehidupan yang sempurna dan bahagia dengan ditemani anak di sisi.

Pun begitu, tidak semua rezeki manusia itu sama.

Bak kata orang, kita hanya merancang, selebihnya Tuhan menentukan.

Begitu juga wanita yang mengimpikan untuk hamil, sekali gus melahirkan anak dan bergelar ibu.

Bagaimanapun, ada pasangan yang bertahun-tahun menunggu kehadiran cahaya mata, namun tidak kunjung tiba.

Menyedari permasalahan tersebut, seorang usahawan muda, Syarifah Nur Fakhirah Syed Muhsin tampil memperkenalkan satu produk suplemen berasaskan jeli iaitu Bellrossa Advances atau lebih dikenali sebagai ‘jelly ajaib viral’.

Menurutnya, berkat kesabaran memperkenalkan dan menjual produk tersebut, dia kini mampu tersenyum tatkala melihat penerimaan daripada orang ramai terutamanya wanita.

Tambah wanita yang mesra disapa Syarifah Khyra itu, senario positif berkenaan membakar semangatnya untuk terus memperkasa golongan wanita dalam kehidupan seharian dengan memakan jeli berkenaan.

“Jika sebelum ini, ada wanita yang datang mengadu kepada saya macam-macam hal.

“Ada yang hampir bercerai sebab tak dikurniakan anak.

“Ada yang dihina dengan mentua kerana tak mampu memberikan cucu.

SYARIFAH KHYRA (dua dari kanan) sewaktu menerima anugerah Nona Superwomen beberapa tahun lalu.

“Tak kurang juga yang diherdik dan dipandang sinis kerana belum ada anak sehingga suami minta cari jalan penyelesaian.

“Malah, ada yang digelar dengan panggilan jahat seperti mandul kerana tak mampu melahirkan anak.

“Namun, asbab jeli saya dan izin Tuhan, derita itu bertukar bahagia,” katanya membuka bicara bersama Aura.

Tambah wanita berusia 31 tahun itu, dia bersyukur kerana produk jelinya yang terkenal dengan tagline ‘sekali sedut, tak cari lain’ itu mampu menyuntik senyuman kepada ramai wanita.

“Ada testimoni yang sudah lapan tahun berkahwin, namun dengan izin, pasangan itu akhirnya dikurniakan cahaya mata.

“Semuanya adalah paparan realiti hidup yang pahit, namun setiap usaha itu pasti ada hasil,” katanya.

Jelasnya lagi, bagaikan rezeki datang bergolek, produknya itu turut mendapat perhatian dan pilihan selebriti terkenal di negara ini.

“Ternyata mereka sendiri (selebriti) mengakui khasiat jeli berkenaan seperti wanita lain di luar sana.

“Pendek kata, ramai wanita diberi kesempatan indah untuk hamil, suami makin sayang, dalaman diri makin cantik selepas menggunakan produk jeli ini dengan izin Allah SWT,” ujarnya.

Akui ibu kepada tiga cahaya mata itu, niatnya hanya satu iaitu mahu membantu ramai golongan wanita hidup lebih bahagia.

Pada masa sama, dia ingin membantu pasangan suami isteri di luar sana mengecap kebahagiaan dengan dikurniakan zuriat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI