fbpx

Dewan Negara: Dos penggalak ketiga dicadangkan untuk golongan rentan, berisiko tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang petugas kesihatan sedang menyiapkan dos suntikan vaksin Pfizer untuk diberikan di sebuah pusat vaksinasi di London, Britain, 16 Julai lepas. – AFP

KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad menjelaskan pengambilan dos penggalak ketiga vaksin Covid-19 adalah cadangan bagi golongan rentan dan berisiko tinggi.

Beliau berkata, cadangan tersebut diutarakan susulan jangkitan kes Covid-19 yang melonjak dalam tempoh dua minggu yang lalu.

“Apa yang saya maksudkan ialah dos penggalak tersebut dicadangkan untuk kumpulan rentan, warga emas dan juga yang mempunyai komorbiditi iaitu seperti pesakit-pesakit diabetes, darah tinggi dan sebagainya.

“Kita juga mencadangkan agar rakyat dapat mengamalkan pemakaian pelitup muka dan keduanya terutama yang bergejala lindungi sendiri dan juga orang lain,” katanya ketika sidang akhbar di Parlimen hari ini.

Selain itu Dr. Dzulkefly berkata, orang ramai juga dinasihatkan untuk berhati-hati ketika berada di tempat sesak terutama ketika musim cuti ini.

“Bagi yang positif, masih perlu menjalani kuarantin kendiri selama lima hari. Dalam masa sama, kami akan sentiasa memantau dan menilai serta akan mengeluarkan apa-apa arahan yang sewajarnya berhubung wabak ini.

“Kita sedar varian dan sub varian terus bermutasi dan dapat dilihat hujung tahun ini, bukan di negara kita sahaja malah di negara-negara lain turut mengalami benda sama dan mereka sangat berjaga-jaga,” ujarnya.

Terdahulu, Dr. Dzulkefly dilaporkan akan mengeluarkan arahan untuk dos penggalak ketiga vaksin Covid-19 terutama bagi golongan rentan dan berisiko tinggi dalam masa terdekat.

Beliau berkata, bekalan vaksin masih mencukupi dan belum mencapai tarikh luput selain ia berkesan melindungi orang ramai daripada jangkitan mutasi dan strain baharu Covid-19 untuk pelaksanaan dos penggalak ketiga. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI