fbpx

Ajal ketika mandi tasik bersama rakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengangkat mayat mangsa yang lemas di sebuah tasik di Bandar Saujana Putra, Kuala Langat, hari ini.

KUALA LANGAT – Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun ditemui lemas selepas dipercayai mandi bersama beberapa rakannya di sebuah tasik di Bandar Saujana Putra di sini, hari ini.

Mayat mangsa ditemui kira-kira lima meter dari tebing tasik tersebut pukul 1.12 petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, , sepasukan lima anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Telok Panglima Garang dikerah ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 10.33 pagi.

“Siasatan awal mendapati remaja lelaki itu berenang di kawasan tasik berkenaan bersama empat rakannya.Operasi pencarian kemudian dilakukan dengan turut dibantu Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) Selangor.

“Mayat mangsa ditemukan di kedalaman kira-kira lima meter lokasi lemas berkenaan. Mayat kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” ujarnya.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI