fbpx

12 jalan kampung terjejas banjir di Kuala Krai ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penduduk Kampung Bedal, Kuala Krai meredah banjir yang melanda kampung tersebut hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

KUALA KRAI – Sebanyak 12 laluan memasuki kawasan kampung di daerah ini ditutup kepada kenderaan ringan selepas ditenggelami banjir berikutan hujan lebat sejak malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Kamarulzaman Harun berkata, bagaimanapun, jalan-jalan utama di daerah ini masih boleh dilalui oleh semua kenderaan.

Menurutnya, jalan yang terlibat antaranya di Jambatan Pak Do Me, Jambatan Beri Mok Long, Jambatan Kampung Belangga di Pahi, Jambatan Kuala Pertang di Chenulang dan Jambatan Sungai Tasan.

“Selain itu, jalan di Jambatan Kampung Pasir Jering, Simpang tiga Kampung Kebun Pisang, Jambatan Block Pasir Putih, Jambatan Cengal,Kampung Mia, Jalan Kampung Pak Jelok dan Jalan Kampung Bedal (Hadapan Risda) turut terjejas banjir.

“Setakat pukul 12 tengah hari tadi, seramai 266 mangsa daripada 66 keluarga di daerah ini telah ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS),” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI