fbpx

Mommy bangga dapat lahirkan abang penghuni syurga Allah – Ibu Zayn Rayyan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perkongsian Ismanira di Instagramnya hari ini.

PETALING JAYA – Sebuah video dikongsi Ismanira Abdul Manaf, 28, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, di Instagramnya berserta kapsyen yang meruntun jiwa buat ‘anak syurga’ itu.

“Terima kasih sebab pernah hadir dalam rahim mommy, mommy bangga dapat lahirkan abang, penghuni syurga Allah,” katanya yang turut meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang menjaga dan membesarkan anaknya itu selama enam tahun.

Semalam, Ismanira turut berkongsi kenangan terakhir dia dan suami, Zaim Ikhwan Zahari, 28, meluangkan masa berjalan-jalan dengan anak sulungnya itu pada 4 Disember lalu, sehari sebelum kanak-kanak terbabit dilaporkan hilang.

Melalui hantaran di Instagramnya, dia memuat naik tujuh potret mereka sekeluarga termasuk adik kepada Zayn Rayyan ketika berkunjung ke sebuah pusat beli belah di sini.

Sehingga kini, kisah Zayn Rayyan masih hangat dibualkan dalam kalangan masyarakat sejak kanak-kanak itu dilaporkan hilang pada 5 Disember lalu, namun keesokkan harinya kira-kira pukul 10 malam, mayatnya ditemui di saliran air kira-kira 200 meter dari Apartment Idaman, Damansara Damai, di sini.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kematian Zayn Rayyan diklasifikasi sebagai kes bunuh selepas bedah siasat menemukan kecederaan pada leher dan badan kanak-kanak itu.

Dalam perkembangan terbaharu melibatkan siasatan kes pembunuhan Zayn Rayyan, polis menjumpai sehelai stoking dalam air bertakung di sekitar anak sungai berhampiran kawasan mayat kanak-kanak itu ditemukan.

Menurut Hussein, bagaimanapun setakat ini pihaknya masih belum dapat mengenal pasti stoking itu adalah milik Zayn Rayyan atau sebaliknya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI