fbpx

PSRA 2023: 6,689 calon dapat Mumtaz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM- Seramai 6,689 daripada 43,127 calon yang menduduki peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) di Selangor memperolehi pangkat cemerlang atau Mumtaz, tahun ini.

Menurut Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Salwana Ahmad Dahlan, calon yang mendapat pangkat Jayyid Jiddan (sangat baik) adalah seramai 14,223 manakala pangkat Jayyid (baik) melibatkan 10,096 calon.

“Calon memperoleh pangkat Maqbul (lulus) meningkat kepada 7,638 orang berbanding 6,839 yang dicatatkan tahun sebelumnya. Bagi pangkat Musaadah (perlu bimbingan) seramai 4,950 orang.

“Pencapaian peratus kelulusan keseluruhan PSRA tahun ini ialah 88.5 peratus berbanding 88.96 peratus pada 2022. Secara umumnya keputusan tahun ini terdapat sedikit penurunan,”katanya.pada majlis pengumuman keputusan PSRA 2023 di Bangunan Sultan Idris Shah di sini, hari ini. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI