fbpx

Fadhlina terharu terima warkah dari adik Darwisy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina

PETALING JAYA – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menyuarakan rasa terharu setelah menerima warkah istimewa dari seorang murid, Muhammad Darwisy Aimi.

Dalam surat tersebut, adik Darwisy mengucapkan tahniah atas perlantikan Fadhlina sebagai Menteri Pendidikan, selain merakamkan rasa terima kasih atas jasa beliau selama menerajui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Tambah adik Darwisy, keputusan Menteri Pendidikan untuk terus membenarkan murid memakai pakaian atau baju sukan pada musim panas mungkin nampak kecil tetapi memberi impak besar kepadanya.

Surat yang dihantar oleh adik Muhammad Darwisy yang dimuat naik oleh Fadhlina di aplikasi X, hari ini.

Darwisy juga sempat bercerita mengenai pengalamannya bersua muka dan bertentang mata dengan Fadhlina ketika berlangsungnya Majlis Apresiasi Pendidikan yang berlangsung di sekolahnya, tahun lepas.

Membalas warkah tersebut, Fadhlina berkata, nukilan istimewa tersebut membuatkan beliau bersemangat untuk terus berusaha sebaiknya dalam membangunkan sistem pendidikan negara demi kesejahteraan dan masa depan anak-anak Malaysia.

“Ke hadapan Adik Darwisy, syukur saya serta keluarga sihat sejahtera. Terima kasih kerana sudi menukilkan warkah istimewa kepada saya.

“Saya doakan keafiatan dan kejayaan untuk adik dan sentiasalah berbuat baik sesama insan,” katanya dalam sebuah hantaran di aplikasi X, semalam.

Tambah Fadhlina, beliau turut mengalu-alukan murid lain untuk menghantar surat seumpamanya kepada beliau.

“Terima kasih atas sokongan ini dan saya tunggu kedatangan warkah anak-anak yang lain,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI