fbpx

Air Sungai Tembeling naik, siren amaran pertama berbunyi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JERANTUT – Penduduk di pesisir Sungai Tembeling di beberapa buah perkampungan mukim Ulu Tembeling daerah ini mula berjaga-jaga berdepan banjir apabila siren awal Jabatan Pengairan Saliran (JPS) berbunyi pada pukul 8.42 pagi di Kampung Bantal, dekat sini hari ini.

Penduduk Kampung Seberang Bantal, Jamizan Rashid, 45, berkata, senario itu sudah dijangkakan oleh penduduk di situ berikutan air Sungai Tembeling mulai naik sejak petang semalam apabila hujan lebat hampir seminggu di kawasan ulu sungai tersebut.

“Hal ini sinonim bagi penduduk di pesisir sungai ini khususnya di Kampung Bantal dan Kampung Sepia sudah menjangkakan air sungai Tembeling dan Sungai Sepia naik setiap kali penghujung tahun ketika Monsun Timur Laut.

“Kita sudah mengambil sikap berjaga-jaga apabila mendengar siren pertama JPS berbunyi pada pada pukul 8.42 pagi hari ini menandakan perlu berwaspada kemungkinan air akan naik ke paras bahaya sekiranya hujan masih turun lebat di kawasan ulu sungai,” katanya di Kampung Seberang Bantal, Ulu Tembeling dekat sini hari ini.

Sementara itu, portal Laman Web Rasmi Public Infos Banjir Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim mencatatkan paras air Sungai Tembeling di Kampung Bantal setinggi 102 meter pada puul 11 pagi hari ini kian menghampiri paras amaran waspada, iaitu 104 meter.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI