fbpx

UiTM sedia tambat bekas pemain projek Sukan SEA 2017

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BERNHARDT mengintai tiga bekas pemain skuad projek Sukan SEA 2017 bagi memperkuatkan skuad UiTM FC musim depan.

PASUKAN UiTM FC mengakui sedang memburu tiga bekas pemain skuad projek Sukan SEA 2017 untuk menguatkan pasukan musim depan selepas mendapat permohonan khas jurulatih, Frank Bernhardt.

Sebagai rekod, Bernhardt sebelum ini telah menjadi ketua jurulatih skuad projek Sukan SEA 2017 tetapi dipecat beberapa bulan sebelum kejohanan dan posisinya digantikan de­ngan Datuk Ong Kim Swee.

Pengurus UiTM FC, Mustaza Ahmad berkata, Bernhardt mencadangkan tiga nama pemain untuk memperkuatkan pasukan The Lion Troops iaitu Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri (Beto), Nur Shamie Iszuan Amin dan Ariff Farhan Bin Md Isa.

“Bernhardt sememangnya mencadangkan agar kita tawarkan kontrak kepada tiga pemain bekas skuad projek Sukan SEA 2017 seperti Beto, Shamie dan Ariff Farhan.

“Bagaimanapun, kami sedang meneliti terlebih dahulu kerana perlu sedar bajet UiTM FC tidaklah begitu besar. Jika mereka sudi menerima gaji yang kami tawarkan, pro­ses itu akan bertambah mudah,” ­katanya kepada Kosmo! ­semalam.

Dalam perkembangan sa­ma , UiTM FC turut berjaya mengekalkan tonggak import kelahiran Perancis, Victor Nirennold yang juga kapten pasukan untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

“Selepas mengadakan beberapa siri perbincangan me­ngenai lanjutan kontrak, Nirennold bersetuju dengan terma dan syarat. Saya percaya ia adalah situasi menang-menang buat semua pihak.

“Dia sememangnya sandaran Bernhardt untuk musim ini kera­na memberi impak dan kematangan sebagai ketua pasukan untuk membimbing beberapa pemain muda kami,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI