fbpx

Wakil rakyat baling organ babi dalam Parlimen Taiwan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN wakil rakyat KMT mengadakan bantahan di dalam bangunan Parlimen di Taipei hari ini. - AFP

TAIPEI, Taiwan – Wakil-wakil rakyat pembangkang membaling organ babi di dalam Parlimen Taiwan hari ini kerana membantah keputusan pemerintah melonggarkan sekatan import babi dari Amerika Syarikat (AS).

Wakil-wakil rakyat Parti Kuomintang (KMT) melonggokkan beberapa baldi berisi organ dalaman babi di dalam dewan Parlimen dan mula membaling usus, jantung, hati serta organ lain terhadap seteru mereka.

Pemerintah Taiwan baru-baru ini mengumumkan bahawa pulau itu akan membenarkan import babi dari AS bermula 1 Januari 2021 walaupun haiwan tersebut diberikan makanan mengandungi bahan kimia ractopamine.

Makanan tambahan itu menjadikan daging kurang berlemak tetapi diharamkan di sesetengah kawasan termasuk China dan Kesatuan Eropah.

Washington sebelum ini bertegas bahawa sekatan import daging babi dan lembu AS oleh Taipei menjadi halangan untuk AS menandatangani perjanjian perdagangan dengan Taiwan.

Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen dan partinya, Parti Demokratik Progresif berharap kelonggaran sekatan itu akan membuka jalan untuk Taiwan dan AS memeterai perjanjian perdagangan.

Bagaimanapun, banyak pihak di Taiwan menentang import babi AS manakala KMT mengambil kesempatan memainkan isu tersebut bagi tujuan politik. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI