fbpx

ADUN Kota Siputeh luka di mulut terlibat kemalangan dengan lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta dipandu ADUN Kota Siputeh selepas terlanggar sebuah lori di Jalan Padang Chempa, Arau malam tadi.

ARAU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh, Mohd. Ashraf Mustaqim Badrul Munir mengalami luka pada mulut selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Padang Chempa menghala Changlun, di sini malam tadi.

Kejadian kira-kira pukul 9 malam itu berlaku membabitkan kereta dipandu Mohd. Ashraf, 37, dan sebuah lori.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md. Rodi berkata, siasatan awal mendapati kereta yang dipandu melalui Jalan Ulu Pauh-Arau terlanggar lori yang diletakkan di kaki lima jalan dalam kedudukan melintang.

“Pemandu tidak sempat mengelak kerana jarak terlalu dekat menyebabkan kereta tersebut terlanggar bahagian sisi kiri belakang lori.

“Kejadian mengakibatkan kereta tersebut terbabas masuk ke dalam longkang di kaki lima jalan sebelah kiri,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, pemandu kereta mengalami kecederaan luka ringan di bahagian mulut dan sedang dirawat di sebuah pusat perubatan swasta di Perlis kerana mengadu pening kepala.

“Pemandu lori berusia 66 tahun pula tidak mengalami sebarang kecederaan,” ujarnya.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI