fbpx

Sarkas caj RM12 untuk kanak-kanak tunggang harimau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kanak-kanak tersebut duduk di atas harimau sarkas. - Baidu

BEIJING – Tindakan sebuah sarkas mengenakan bayaran 20 yuan (RM12) untuk kanak-kanak bergambar di atas badan harimau mengundang kecaman netizen, lapor portal berita South China Morning Post semalam.

Aktiviti berbahaya yang disiarkan dalam satu rakaman video pada 6 Disember lalu itu menjadi tular. Ia memaparkan seorang kanak-kanak diangkat ke atas badan seekor harimau di sebuah sarkas di daerah Tiandong dalam wilayah Guangxi, selatan China.

Harimau itu  berbaring di atas tempat duduk dengan kaki belakangnya diikat. Walaupun diikat, kaki hadapan dan ekor harimau itu masih bergerak. Sumber mendakwa bahawa binatang buas itu tidak dibius.

Sebagai tindak balas kepada kebimbangan orang ramai, Biro Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan memaklumkan bahawa sarkas tersebut telah membuat ‘persembahan tanpa kebenaran’ di Hengli Square, daerah Tiandong.

Susulan siasatan, pihak berkuasa mengeluarkan notis mengarahkan pemberhentian serta-merta aktiviti tersebut, manakala tindakan undang-undang dikenakan  terhadap pengurus sarkas.

Video itu juga  terus mengundang kecaman orang awam dengan netizen meluahkan kebimbangan dan rasa kecewa mereka.

“Harimau itu kelihatan seperti sudah lama berdepan dengan situasi sedemikian. Pengurus sarkas itu tidak bertanggungjawab dan  mengeksploitasi haiwan untuk memuaskan rasa ingin tahu manusia,” kata seorang netizen. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI