MENJELANG penghujung 2023, kita sudah disajikan dengan beberapa perkara atau kejadian besar yang berlaku di dunia mahupun Malaysia sepanjang tahun.
Antara hal yang ditunggu-tunggu tentu saja carian mengenai perkara, peristiwa, individu paling berpengaruh dan sebagainya dalam enjin carian Google.
Bagi peringkat selebriti Malaysia, berada pada tangga pertama daripada 10 nama paling banyak sebagai Artis Paling Trending ialah Ira Kazar yang juga isteri kepada pengarah Syamsul Yusof. Berbunyi kelakar, namun itulah faktanya.
Secara tidak langsung, wanita itu menewaskan populariti aktres yang mencipta nama di Hollywood, Tan Sri Michelle Yeoh yang berada di tempat ketiga selepas pelawak, Jocelyn Chia.
Aktres Puteri Sarah dan Syamsul pula masing-masing di tangga kelima serta keenam, ditewaskan pelakon yang baru memeluk Islam dan berkahwin dengan Sabri Yunos, Angelina Tan.
Nampaknya isu rumah tangga yang tercetus sejak awal tahun ini antara alasan yang membuatkan ramai ‘mencari’ Ira, Puteri Sarah dan Syamsul.
Selebriti lain yang berada radar pencarian rakyat negara ini ialah Zarina Anjoulie, Intan Najuwa, Sabri Yunos serta aktor Korea Selatan, Ahn Bo Hyun.
Tidak mengapalah, itu menandakan Ira mempunyai ramai peminat yang mahu mengetahui perkembangan dirinya.
Mizz Lahar: Masih kurang jelas dengan situasi antara pelakon Azlan Komeng dan isterinya, Nilam Ortiz.