fbpx

Gibraltar destinasi perkahwinan musim pandemik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MIANI (kiri) dan pasangannya, Alves de Lima meraikan majlis perkahwinan mereka di Gibraltar pada Selasa lepas. – AFP

GIBRALTAR, United Kingdom – Gibraltar tidak pernah berada dalam senarai destinasi Bruno Miani selama ini tetapi semua itu berubah apabila rancangan Miani untuk berkahwin dengan teman wanitanya di bandar tempat tinggal mereka, Dublin punah angkara pandemik koronavirus.

Ia berikutan pejabat kerajaan di Dublin, Ireland diarah tutup susulan perintah berkurung Covid-19. Miani, 40, yang bekerja sebagai jurugambar berkata, dia dan pasangannya sukar mendapatkan dokumen yang diperlukan bagi mengisi permit perkahwinan, malah terpaksa menunggu lama untuk berkahwin.

Kesukaran itu mendorong ­Miani dan pasangannya menem­pah penerbangan tambang murah ke Malaga sebelum menaiki bas ke Gibraltar iaitu sebuah wilayah kecil milik Britain di hujung paling selatan di Sepanyol. Mereka kemudian berkahwin di pejabat pendaftar tempatan di hadapan potret Ratu Elizabeth II.

“Cara paling cepat untuk berkahwin semasa pandemik adalah dengan pergi ke Gibraltar,” kata Miani. Lelaki itu menitiskan air mata apabila dia dan kekasihnya, Natalia Senna Alves de Lima sah bergelar suami isteri.

Tiada kerenah birokrasi untuk mereka yang ingin berkahwin di Gibraltar, malahan tanah jajahan Britain itu juga tiada sekatan sempadan. Faktor tersebut memacu Gibraltar sebagai destinasi perkahwinan utama semasa musim pandemik Covid-19.

Pasangan kekasih hanya perlu mengemukakan pasport dan surat beranak serta berada semalaman di Gibraltar sebelum atau selepas berkahwin.

Mereka cuma perlu mendaf­t­a­rkan perkahwinan dengan pi­hak berkuasa negara asal kemudian.

Trend tersebut menyaksikan perancang majlis perkahwinan di Gibraltar tidak menang tangan ekoran menerima begitu banyak tempahan.

“Ini kerja gila. Kami tidak dapat lagi menampung permintaan yang begitu banyak,” kata pengarah syarikat majlis perkahwinan Marry Abroad Simply, Leanne Hindle.

Kemudahan berkahwin di Gibraltar menjadi tajuk akhbar-akhbar apabila mendiang John Lennon mengahwini teman wanitanya, Yoko Ono di wilayah itu dalam tahun 1969 selepas berdepan kesukaran di negara-negara lain. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI