fbpx

PPS dibuka di Bestari Jaya, 36 mangsa terjejas banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan banjir di Kampung Jaya Setia, Bestari Jaya, Kuala Selangor.

KUALA SELANGOR – Hujan lebat lebih 10 jam mengakibatkan 15 rumah penduduk di Kampung Jaya Setia, Bestari Jaya di sini, dinaiki air dan banjir malam tadi.

Bah setinggi kira-kira 0.5 meter itu menyebabkan seramai 36 mangsa daripada 11 keluarga kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Balai Raya Kampung Jaya Setia.

Penduduk, Mat Sabu M. Yusof, 79, berkata dia yang sedang berehat terkejut melihat air masuk ke dalam rumahnya, petang semalam.

“Sewaktu hujan lebat bermula pukul 2 petang, saya memang berasa tidak sedap hati kerana bimbang dilanda banjir.

“Sangkaan itu benar apabila kediaman saya mula dinaiki air selepas beberapa jam dan terpaksa berpindah ke PPS dengan isteri dan dua cucu,” katanya ketika ditemui hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Kuala Selangor, Mohd. Raiz Radzuan berkata, semua mangsa mula dipindahkan ke PPS berkenaan kira-kira pukul 5 petang semalam.

“PPS berkenaan masih dibuka dan semua mangsa akan dibenarkan pulang atas arahan pihak berkuasa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI