fbpx

Lee Dong-wook enggan dibayangi Wang-yeo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEE DONG-WOOK

PELAKON kacak, Lee Dong-wook mengakui lakonannya dalam drama terbaharu berjudul Tale of The Nine Tailed sedikit berbeza berbanding Goblin.

Menurutnya, dia berusaha keras untuk menghilangkan imej Wang-yeo yang dibawa dalam drama Goblin sebelum ini.

“Secara jujurnya saya berasa sedikit tertekan untuk menunjukkan lakonan yang berbeza selain yang pernah ditonjolkan dalam Goblin.

“Dalam Goblin, lakonan saya meninggalkan kesan mendalam kepada penonton sehingga mereka masih lagi ingat saya sebagai Wang-yeo,” katanya.

Atas alasan tersebut, dia perlu berusaha agar penonton mengingati lakonannya sebagai Gumiho dan bukannya Wang-yeo.

Pada masa sama, pelakon berumur 39 tahun itu mengucapkan berbanyak terima kasih kepada penonton yang menyukai karakternya sebagai Gumiho dan terus menyokong karier seninya hingga kini.

“Sebaik sahaja berita mengenai saya membawakan watak Gumiho dihebahkan, ramai yang mengatakan saya sesuai dengan karakter itu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI