fbpx

Projek Pemacu Ekonomi dicadang di sepanjang laluan ECRL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasbi Habibollah. - FOTO Jabatan Penerangan Malaysia.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan telah mengenal pasti beberapa projek di bawah Projek Pemacu Ekonomi (EAP) untuk dilaksanakan di sepanjang jajaran Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Timbalan Menterinya Datuk Hasbi Habibollah berkata, transformasi pembangunan tersebut menjadi nadi untuk aktiviti ekonomi, pelancongan dan perdagangan di tiga negeri terlibat iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.

“Antaranya membina Stesen ECRL Kota Bharu di Bandar Baru Tunjong, Kelantan, selain di Bandar Baru Tok Bali.

“Cadangan pembangunan bagi stesen ECRL di Terengganu adalah pembangunan bandar lestari bagi lokasi terpilih yang berdekatan dengan stesen seperti stesen Jerteh dan stesen Kuala Terengganu.

“Di Pahang pula pelan cadangan ECRL adalah pembangunan bandar aero angkasa di stesen Cherating, pembangunan bandar Kota SAS , pembangunan bandar baru Marang dan Temerloh Smart City di stesen Temerloh antara pembangunan bandar- bandar baharu yang dijangka akan membangun dengan adanya jajaran ECRL,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan Senator Hussin Ismail yang ingin tahu mengenai adakah kerajaan mempunyai suatu kerangka pelan pembangunan khusus di sepanjang jajaran ECRL dan jajaran Lebuh Raya Pantai Timur 3 (LPT3) di negeri-negeri Pantai Timur.

Katanya lagi, projek tersebut juga akan memberi kesan aglomerasi yang dapat meningkatkan akses kepada peluang pekerjaan dan pusat-pusat ekonomi bagi merangsang aktiviti ekonomi di sepanjang koridor ECRL untuk pengagihan peluang sosio-ekonomi yang lebih seimbang.

“Antara usaha-usaha kerajaan dalam pembangunan di sepanjang koridor ECRL juga diterjemahkan oleh PLANMalaysia melalui kajian Pelan Induk Bersepadu Guna Tanah Laluan Rel Pantai Timur (PeGTaECRL) yang telah disahkan diperingkat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) pada 18 September 2023.

“Pelan induk ini bertujuan untuk memastikan pembangunan guna tanah di sepanjang jajaran ECRL dan sekitar stesen ECRL termasuklah pembangunan pelaburan Projek Pemacu Ekonomi (Economic Accelerator Project, EAP) dapat dikenalpasti dan potensi ECRL dalam menyokong pertumbuhan wilayah dan negara dapat dioptimumkan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI