fbpx

Kes bunuh Zayn Rayyan: Pencarian bukti memasuki hari ketujuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota forensik masih meneruskan siasatan pada hari ketujuh di lokasi sekitar kediaman Zayn Rayyan (gambar kecil) di Petaling Jaya, hari ini.

PETALING JAYA – Anggota Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini masih meneruskan pencarian bukti di kawasan sekitar kediaman Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, hari ini.

Kenderaan forensik itu dilihat tiba di pekarangan apartmen ini sekitar pukul 9.30 pagi.

Misi mengesan bukti-bukti pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, hari ini telah memasuki hari ketujuh.

Hari ini, pihak media masih tidak dibenarkan berada di lokasi berhampiran blok R oleh pihak polis, yang mana kita percaya ia adalah untuk memastikan siasatan berjalan dengan lebih lancar.

Semalam Kosmo! melaporkan terdapat pergerakan ditemui hasil pemeriksaan awal rakaman papan pemuka (dashcam) kereta yang diperoleh dalam kalangan penduduk di Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, bagaimanapun pihaknya memerlukan semakan lanjut bagi mengesahkan sama ada pergerakan itu membabitkan individu mahupun objek.

“Dashcam setakat ini (dikesan) ada pergerakan, tapi saya tak boleh maklumkan apa-apa, memang menunjukkan ada pergerakan.

“Kami perlu enhance (tingkatkan kualiti) video itu sama ada (pergerakan) itu membabitkan individu atau objek lain, sama ada penduduk atau suspek kita kena tunggu enhance video itu,” katanya ketika dihubungi.

Dalam perkembangan berasingan, Hussein berkata, pihaknya juga mendapatkan bantuan dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi membantu menyedut keluar takungan air di lokasi penemuan mayat.

“Betul kita minta bantuan JPS hari ini bagi melihat dalam takungan itu sama ada wujud sebarang bukti baharu, tetapi setakat ini tiada penemuan bukti baharu.

“Polis masih berusaha bagi mengumpul lagi keterangan dan risikan untuk mengenal pasti suspek,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI