fbpx

Zara akur tekanan, tarik balik iklan ‘persenda’ mangsa perang di Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zara mendakwa iklan itu dihasilkan dalam konteks artistik. - Zara

MADRID – Syarikat jenama fesyen popular, Zara menarik balik imej iklan koleksi produk terbaharu yang mengundang kemarahan orang ramai kerana didakwa mempersendakan perang di Semenanjung Gaza, lapor akhbar Metro UK semalam.

Gambar-gambar tersebut mencetuskan kontroversi dalam kalangan kumpulan pro-Palestin yang menggelarnya sebagai perkara menjijikkan ‘pernah dilihat’. Kumpulan-kumpulan penunjuk perasaan mengadakan protes berhampiran gedung fesyen itu di seluruh dunia kelmarin.

Kempen iklan itu memaparkan beberapa model bergambar bersama ‘arca belum siap dibina’ di sebuah studio dengan Zara mendakwa ia ‘direka dengan tujuan untuk mempamerkan pakaian buatan kraf dalam konteks artistik’.

Netizen bagaimanapun menganggap gambar koleksi produk diberi nama ‘The Jacket’ yang dikongsikan syarikat itu menggambarkan perang Israel di Semenanjung Gaza yang berterusan dikepung dan digempur tentera Israel.

Sebagai tindak balas kepada kemarahan netizen, Zara menarik keluar iklannya dan membuat permohonan maaf.

“Malangnya, sesetengah pelanggan berasa tersinggung dengan imej ini, yang kini dialih keluar dan melihatnya dalam sesuatu yang jauh dari apa yang dimaksudkan ketika ia dicipta. Zara kesal dengan salah faham yang berlaku dan kami menegaskan rasa hormat kepada semua orang,” demikian kenyataan Zara.

Seorang penunjuk perasaan berkata: “Lihat ini, lihat latar belakang. Mereka mempersendakan kita (Palestin) dan kanak-kanak yang dibunuh dan rumah kita yang musnah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI