fbpx

Warga Tokyo boleh jual wajah, dapat royalti jika popular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANYA ada satu pilihan wajah iaitu milik penjaga kedai Kamenya Omoto yang boleh dipilih buat masa sekarang. – YouTube

TOKYO – Anda sanggup menjual wajah? Jika jawapan adalah ya, ada syarikat Jepun yang ingin membelinya.

Kamenya Omoto iaitu sebuah syarikat yang berpangkalan di Tokyo, Jepun dianggap unik ke­rana mengendalikan perniagaan membeli hak atau lesen ke atas wajah seseorang.

Kamenya Omoto menjual topeng tiga dimensi menggunakan muka yang dijual kepada syarikat tersebut.

Sejak iklan hak wajah yang akan dibeli pada harga AS$380 (RM1,547) itu diumumkan, syarikat itu dihujani tawaran yang begitu memberangsangkan.

Setiap wajah pelanggan yang dibeli akan dijadikan topeng muka dan kelihatan sangat realistik. Ia dijual pada harga sekitar AS$940 (RM3,829).

Jika topeng muka yang dijual itu laris di pasaran, pemilik wajah asal berpeluang mendapat peratusan daripada jumlah untung yang diperoleh.

Projek kontroversi diberi nama The Face itu bertujuan untuk memberikan pengalaman berbeza kepada peminat dunia sains fiksyen berkaitan membeli dan menjual muka manusia.

“Kami akan membeli dan menjual wajah anda,” tulis kenyataan di laman web Kamenya Omoto.

“Kisah sains fiksyen kini menjadi satu realiti. Tiada siapa tahu apa akan berlaku kepada dunia yang dipenuhi manusia berwajah serupa dengan anda,” tulisnya lagi.

Urusan jual beli wajah itu ha­nya dibenarkan kepada penduduk bandar raya Tokyo yang berusia 20 tahun ke atas.

Penjual wajah juga tidak dibenarkan mendedahkan identiti mereka kepada umum dan syarikat turut bersetuju tidak akan mendedahkan maklumat sulit pemilik asal kepada pembeli baharu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI