fbpx

Ira Kazar, Jocelyn Chia paling banyak dalam carian Google

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ira Kazar dan Jocelyn Chia

PETALING JAYA – Isteri pengarah sensasi Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar mendahului senarai individu paling popular bagi carian di Google pada tahun ini.

Menurut hantaran tular di laman Facebook, Ira atau nama penuhnya Faghirah Fatini Kazaruddin menduduki tempat pertama setelah tular menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah.

Menurut laporan media, Ira mula mengganggu hubungan rumah tangga Puteri Sarah dengan Syamsul sejak tahun 2019.

Malah, konflik antara mereka semakin menarik setelah Syamsul membuat keputusan untuk menikahi Ira secara rahsia di Selatan Thailand pada 6 Januari lalu.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dengan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3.

Tempat kedua pula disusuli oleh pelawak, Jocelyn Chia yang sengaja mempersenda Malaysia dengan membangkitkan isu perkauman dalam satu video berdurasi satu minit 29 saat.

Dalam video yang bertajuk ‘Singapore vs Malaysia’ itu, Jocelyn telah membuat beberapa jenaka keterlaluan, salah satunya mengenai kehilangan pesawat Malaysia, MH370, yang didakwa ‘tidak mendarat’ dengan mimik muka mengejek.

Selebriti antarabangsa kelahiran Malaysia iaitu Tan Sri Michelle Yeoh pula menduduki tempat ketiga dan diikuti rapat oleh isteri pengarah Sabri Yunus, Ardini Angeline Tan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI