PETALING JAYA – Khidmat Unit Anjing Pengesan(K9) sekali lagi digunakan untuk pemeriksaan lanjut di sekitar blok kediaman keluarga Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin di Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini.
Tinjauan Kosmo! mendapati seekor anjing pengesan bersama kira-kira empat orang anggota polis masuk ke dalam blok berkenaan.
Keberadaan unit berkenaan di lokasi kejadian dipercayai bagi menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan bukti baharu.
Kenderaan yang membawa anjing berkenaan tiba di pekarangan kawasan blok Apartmen Idaman, sekitar pukul 5 petang sebelum keluar kira-kira pukul 5.35 petang.-KOSMO! ONLINE.