MASIH dalam fasa bulan madu, penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL) bersama suaminya Tiko Aryawardhana tidak mudah hilang dari radar perhatian peminat.
Malah dalam kesibukan menguruskan keluarga serta kerjaya, pelantun lagu Cinta Sejati itu tetap punya waktu masuk ke dapur.
Buktinya apabila BCL tidak ketinggalan menyediakan sendiri kek istimewa bersempena sambutan hari jadi suaminya yang ke-40 pada 9 Disember lalu.
Selepas menyambut tarikh istimewa di Bali iaitu sekitar seminggu selepas pernikahan mereka, pasangan pengantin baharu itu meraikan pula hari jadi dengan keluarga mereka.
Berkongsi momen tersebut dalam laman sosial, BCL menunjukkan kek coklat hasil air tangannya kepada Tiko serta puteranya, Noah bersama beberapa anggota keluarga mereka.
Masing-masing tampak teruja menikmati kek tersebut sekali gus memuji kehebatan penyanyi jelita itu di dapur.