fbpx

Soalan kahwin bingungkan Joon-gi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEE JOON-GI

AKTOR Lee Joon-gi baru-baru ini tampil mendedahkan tentang soal jodohnya menerusi wawancara bersama majalah Allure Korea.

Pelakon yang popular menerusi naskhah Flower of Evil itu turut berkongsi alasan tersendiri mengapa hingga ke saat ini masih belum menemui jodoh.

Kata lelaki berumur 38 tahun itu, jadual lakonan dan aktiviti seninya yang padat menjadi satu faktor dia masih tidak menemui pasangan hidupnya walaupun umur sudah meningkat.

Ditanya mengenai keserasiannya bersama aktres cantik, Moon Chae-won, Joon-gi mendakwa hubungan mereka tidak lebih sekadar rakan selebriti, namun amat senang ketika bersama.

Dia juga masih terkesan dengan watak yang dibawa sebagai suami kepada Chae-won menerusi drama rantaian popular, Flower of Evil.

“Jujur saya senang bekerjasama dengannya dan menghargai peluang bergandingan menerusi drama berkenaan,” katanya ringkas sambil meminta peminat mendoakan yang baik-baik berhubung soal jodohnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI