fbpx

UCL: Newcastle hadapi cabaran sukar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEWCASTLE turun pada aksi wajib menang dengan motivasi yang sedikit terjejas apabila tewas dalam dua aksi berturut-turut. - AFP

LONDON – Isu kecederaan pemain meletakkan pengurus Newcastle United, Eddie Howe dalam situasi penuh mencabar untuk hadapi aksi hidup mati di saingan Liga Juara-Juara bertemu AC Milan di St James’ Park, awal pagi esok.

Selepas alami dua kekalahan berturut-turut dalam saingan domestik di Liga Perdana Inggeris, Howe sendiri akui soal simpati tidak pernah wujud dan kini seluruh pasukan harus menentukan nasib sendiri di pentas Eropah.

Sambil mengharapkan Paris Saint-Germain tewas, The Magpies dan AC Milan kedua-duanya mengharapkan kemenangan bagi mengiringi Borussia Dortmund ke pusingan seterusnya.

“Dua perlawanan ini cukup sukar dan ketika itu kami tidak berada pada tahap terbaik. Kami keletihan dan tidak banyak yang boleh kami lakukan, namun sekarang kami sedang beri perhatian kepada perlawanan seterusnya.

“Kami akan buat analisa perlawanan sebaik mungkin untuk menentukan siapa yang akan dipilih bagi hadapi perlawanan itu nanti,” katanya.

Borussia Dortmund sudah pun sah lepasi Kumpulan F selepas kutip 10 mata diikuti PSG (7 mata) dan Newcastle United serta AC Milan yang berkongsi lima mata.

Khabar gembira buat Howe ketika ini pastinya kehadiran semula Callum Wilson dan Sean Longstaff yang dianggap sebagai tonggak berpengalaman bagi memimpin pasukan ke arah lebih baik.

Percaturan Howe kini pasti menjadi perhatian selepas hanya memiliki dua hari untuk jalani latihan penuh. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI