fbpx

Sarah Sechan sindir Nagita Slavina?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SARAH Sechan ditebak menyindir Nagita Slavina dalam satu perkongsian statusnya baru-baru ini.

TIADA angin tiada ribut, tiba-tiba bekas pengacara MTV yang juga pelakon, Sarah Sechan berkongsi hantaran dalam media sosial mengenai individu kaya tetapi tiada kelas.

Selebriti yang tinggal di Singapura itu bercerita tentang seorang individu yang hanya disebut ‘sultan’ terpekik-pekik di sebuah pusat beli-belah popular di republik itu.

Nasihatnya, andai berada di negara orang, sepatutnya setiap individu perlu menjaga adab.

Ungkapnya, dalam era moden ini tidak perlu menjerit di tempat umum untuk memanggil kenalan, cukup dengan menggunakan telefon bimbit.

Bagi selebriti berusia 49 tahun itu, perilaku sebegitu jelas menunjukkan kekayaan dan populariti seseorang belum tentu menjadi kayu pengukur kela kehidupan seseorang.

Pada masa sama, netizen merasakan perkara tersebut ditujukan kepada isteri pelakon dan pengacara Raffi Ahmad iaitu Nagita Slavina.

Ini kerana dalam sebuah konten video yang tular menunjukkan aktres terbabit berada di Singapura dan memanggil rakannya, Nia Ramadhani dengan berteriak memanggilnya di khalayak ramai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI