fbpx

EPL: Pochettino minta dana lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POCHETTINO mengakui para pemainnya ketika ini gagal mempamerkan prestasi terbaik menyebabkan beliau perlu mendapatkan lebih ramai pemain baharu. - AFP

LONDON – Pengendali Chelsea, Mauricio Pochettino mengesahkan bakal berbincang dengan pengurusan tertinggi The Blues untuk meluluskan dana bagi mendapatkan pemain baharu pada jendela perpindahan yang bakal dibuka pada Januari depan.

Menurut Pochettino, barisan pemain kelab ketika ini gagal mempamerkan prestasi yang diharapkan selepas pasukan bergelut untuk memberi saingan kompetitif dengan hanya menduduki tangga ke-12 Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika ini.

Meskipun sudah berbelanja dengan anggaran £1 bilion (RM5.8 bilion) pada tahun ini, Pochettino percaya langkah untuk mendapatkan lebih ramai pemain berkualiti perlu dilakukan.

“Selepas hampir lima bulan membimbing pasukan dengan mengharungi 16 aksi EPL, saya rasa sekarang adalah masa terbaik untuk menilai semula tahap kualiti pemain yang kita ada.

“Anda boleh lihat bagaimana perlawanan terakhir bertemu Everton yang mana kita gagal menyudahkan setiap peluang terhidang. Jika ia tidak berlaku, mungkin kita perlukan pemain-pemain baharu yang lebih berkualiti.

“Saya harap dapat berbincang dengan pengarah sukan dan pemilik pasukan dalam masa terdekat kerana semua tahu jangkaan Chelsea sangat tinggi tetapi buat masa ini kami gagal mempamerkan prestasi yang diharapkan.

“Memang benar sasaran pasukan adalah untuk bergelar juara EPL, namun realiti yang berlaku adalah berbeza kerana kita telah jauh daripada objektif asal. Harap ada berita lebih baik bagi pasukan pada jendela perpindahan nanti,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI