fbpx

[VIDEO] Kanak-kanak mahu lintas jalan tersembam dirempuh motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video papan pemuka kejadian seorang kanak-kanak dirempuh motosikal dikatakan berlaku di Pekan Bukit Pinang di Kepala Batas, dekat Alor Setar pada kelmarin.

ALOR SETAR – Seorang kanak-kanak tersembam selepas dirempuh sebuah motosikal dalam kejadian yang dikatakan berlaku di Pekan Bukit Pinang di Kepala Batas dekat sini, kelmarin.

Menerusi satu rakaman video papan pemuka sebuah kenderaan yang viral hari ini, kanak-kanak terbabit dilihat berlari dari sebuah gerai makan ke jalan sebelum dirempuh motosikal tersebut.

Ketika kejadian, mangsa kelihatan seperti mahu mengekori seorang lelaki dewasa yang terlebih dahulu melintas jalan.

Mangsa yang dilanggar kelihatan tersembam di atas jalan sebelum lelaki terbabit dan seorang wanita bergegas mendapatkan kanak-kanak itu.

Lelaki terbabit dilihat mengangkat mangsa yang dipercayai dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Meninjau ruangan komen, ramai yang berpandangan bahawa ibu bapa perlu mengawasi anak-anak kecil terutama di kawasan jalan.

“Peringatan buat kita, kena sedia-sedia pegang tangan adik, umur ini memang serupa peluru dia pergi. Semoga anak yang kena belah (langgar) tu cepat sembuh dan sihat seperti sedia kala, Amin,” kata seorang pengguna.

“Mak ayah kena lebih hati-hati, kalau jadi apa-apa walaupun yang langgar itu salah, anak itu tak ada ganti dah. Menyesal pun tak sudah nanti,” kata seorang lagi pengguna.

“Bukit Pinang ini sibuk macam dah duduk dalam bandar, nasib baik motor, kalau lori tanah tayar enam tu apa nak jadi kat budak tu. Itu pasal aku selalu beringat kalau anak menakan ikut mai kedai aku, aku siap pesan jangan keluar. Nak mai duduk dalam kedai sahaja,” kata pengguna. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI