fbpx

ATM sedia tambah anggota, pos kawalan di sempadan utara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA- Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, Kementerian Pertahanan melihat secara menyeluruh untuk menambah baik kawalan sempadan di utara semenanjung Malaysia.

Menurut beliau, pihaknya sudah meminta Panglima Angkatan Tentera memanggil mesyuarat bersama Polis Diraja Malaysia dan agensi beruniform lain supaya dapat menggembleng tenaga secara bersepadu di kawasan sempadan.

“Pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersedia menambah anggota kita kerana kita mempunyai kem Rejimen Sempadan di utara, dan kita bersedia melihat secara menyeluruh termasuk mewujudkan pos-pos tentera baharu di kawasan sempadan.

“Banyak pagar yang telah dipotong oleh kumpulan penyeludup, mungkin perlu dilihat juga dari segi pagar-pagar tersebut yang perlu dibaik pulih. Saya percaya perkara ini dalam tumpuan National Task Force,” katanya pada sidang akhbar harian di Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam pada itu, beliau menyambut baik hasrat Thailand untuk bekerjasama dengan Malaysia dalam membendung penyeludupan di sempadan kedua-dua negara.

Ia susulan kematian seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), Koperal Baharuddin Ramli, 54 yang ditembak penyeludup manakala seorang lagi anggota, Koperal Norihan Tari cedera parah dalam insiden tembak-menembak di Tembok Sempadan Padang Besar, Perlis pada 24 November lalu. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI