fbpx

8 anak maut dibedil Israel ketika keluar cari roti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran @noor.harazeen di laman Instagram.

PETALING JAYA – Sepasang suami isteri warga Gaza hanya mampu menangis kesedihan selepas mengetahui lapan anaknya meninggal dunia kerana dibedil tentera Zionis ketika mereka keluar mencari makanan untuk anak-anak yang kelaparan.

Hantaran sedih tersebut dikongsi oleh @noor.harazeen di laman Instagram dan difahamkan, lima lelaki dan tiga wanita turut terkorban dalam insiden itu.

“Mereka cuma kanak-kanak. Mereka tidur dalam kelaparan ketika itu. Kami pergi cari roti untuk mereka tetapi mereka dibunuh dengan kejam,” luah pasangan tersebut sambil meraung kesedihan.

Di dalam video tersebut, pasangan itu turut kelihatan tidak tentu arah ketika bercerita mengenai kejadian tersebut.

Meninjau ke ruangan komen, kebanyakan pengguna laman sosial menzahirkan perasaan marah terhadap tindakan rejim Zionis yang semakin hari semakin bertindak ganas dan tidak berperikemanusiaan.

“Israel tidak akan mengaku kesalahan mereka yang menimpa ibu ini. Dengarlah ibu ini menjerit dan menangis, katakan yang ia tidak merobek hati anda. Tak ada perkara yang boleh menjernihkan Israel memusnahkan dan membunuh ribuan rakyat Palestin,” kata shaneellall.

“Ini sangat menyayat hati. Nenek saya kehilangan tiga orang anak gara-gara pembunuhan beramai-ramai di Srebenica. Sejak itu, dia tak seperti dahulu lagi dan dia meninggal disebbakan terlalu rindukan anaknya,” komen seorang lagi pengguna laman sosial.

“Tangisan wanita ini meruntun jiwa. Sebagai ibu, saya faham perasaan ibu itu,” kata @kashmirmaryam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI