fbpx

Mahkamah: Rompak RM50, dijel 6 tahun, 1 sebatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Gara-gara merompak wang tunai RM50 milik seorang lelaki di sebuah tempat letak motosikal dengan menggunakan sebilah pisau, seorang penganggur menerima padah apabila dihukum penjara enam tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Norina Zainol Abidin menjatuhkan hukuman itu terhadap M.Krishnamurthi , 49, selepas tertuduh mengaku bersalah
atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Mahkamah memerintahkan Krishnamurthi menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap pada 7 Disember lalu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merompak Chai Fuh Chang ,43, di tempat letak motosikal MRT Jinjang di sini pukul 11.55 pagi, 7 Disember lepas (2023).

Berikutan itu pertuduhan dikemukan didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Illya Syaheedah Mohd. Razif memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira kesalahan serius dilakukan tertuduh yang menggunakan senjata pisau sehingga mendatangkan ketakutan kepada mangsa.

Bagaimanapun, Krishnamurthi yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan kerana dia telah menyesal serta berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI