fbpx

Pekerja terperangkap dalam kenderaan keselamatan bank

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas kecemasan berusaha membuka pintu kenderaan keselamatan. - The Pattaya News

BANGKOK – Seorang pekerja terperangkap di dalam sebuah kenderaan keselamatan ketika menghantar wang ke sebuah stesen minyak di wilayah Prachinburi, Thailand, lapor laman berita Thaiger semalam.

Polis Rabao Phai dan pasukan penyelamat dimaklumkan mengenai kejadian itu sekitar pukul 1.30 tengah hari (waktu tempatan) semalam.

Berbekalkan peralatan pakar, mereka bergegas ke lokasi kejadian kerana tahap oksigen dalam kenderaan itu dilaporkan semakin berkurangan.

Rakan sekerja mangsa, Teerayut berkata, tugas mereka adalah mengisi semula wang pada mesin pengeluaran automatik (ATM) di stesen minyak itu. 

Ketika Teerayut memasukkan wang ke dalam mesin ATM, mangsa berada di dalam kenderaan tersebut untuk menghulurkan wang.

Secara tiba-tiba, angin kuat menyebabkan pintu kenderaan tertutup sekali gus mengakibatkan mangsa terperangkap. 

Teerayut gagal membuka pintu itu kerana ia tertutup rapat.

Petugas penyelamat akhirnya berjaya mengeluarkan mangsa selepas 10 minit terperangkap. Menurut mereka, mangsa hampir pengsan kerana paras oksigen rendah di dalam kenderaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI