fbpx

Pengurus syarikat, wanita berputih mata rugi RM2.6 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
M. Kumar.

JOHOR BAHRU – Dua warga tempatan berputih mata apabila kehilangan RM2.6 juta setelah masing-masing menjadi mangsa penipuan dalam talian membabitkan skim pelaburan tidak wujud dan penyamaran sebagai pihak berkuasa.

Pemangku Ketua Polis Johor, Deputi Komisioner M. Kumar berkata, pihaknya menerima laporan daripada kedua-dua mangsa, Sabtu lalu.

Menurut beliau, mangsa kes pertama merupakan seorang lelaki yang bekerja sebagai pengurus syarikat swasta berusia 44 tahun dan mengalami kerugian berjumlah RM1.06 juta.

“Mangsa melihat satu iklan pelaburan Yomaex Crypto Currency di Facebook sebelum menekan link disediakan dan berkomunikasi dengan suspek melalui aplikasi WhatsApp.

“Tertarik dengan keuntungan dijanjikan, mangsa membuat pembayaran ke beberapa akaun bank namun tidak dapat mengeluarkan wang keuntungan yang dijanjikan sebelum menyedari telah ditipu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Kumar, mangsa kedua melibatkan seorang wanita berusia 45 tahun yang bekerja sendiri dan mengalami kerugian sebanyak RM1.4 juta.

“Mangsa menerima panggilan telefon dari seorang individu mendakwa dari syarikat penghantaran. Suspek mendakwa mangsa mempunyai bungkusan yang mengandungi bahan terlarang.

“Pengadu kemudian disambut kepada seorang suspek lain yang memperkenalkan diri sebagai seorang pegawai polis dan memaklumkan waran tangkap telah dikeluarkan.

“Disebabkan berasa takut, mangsa telah memasukkan sejumlah wang berkenaan kepada beberapa akaun diberikan suspek. Mangsa hanya menyedari ditipu setelah gagal menghubungi kembali nombor milik suspek,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI