fbpx

Agong zahir rasa kecewa AS tolak gencatan senjata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al-Sultan Abdullah.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa dukacita terhadap tindakan Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa veto untuk menolak gencatan senjata antara rejim Zionis Israel dan Palestin.

Titahnya, tidakan AS menolak Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) itu sekali gus telah menggagalkan usaha mencari jalan penyelesaian konflik Palestin-Israel.

Sehingga kini, konflik tersebut telah mengorbankan lebih 17,000 rakyat Palestin, melibatkan kira-kira 70 peratus kanak-kanak dan kaum wanita, dengan lebih 48,000 yang lain cedera.

“Tindakan tersebut juga seolah-olah menghalalkan kekejaman rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin dengan pembunuhan lebih ramai orang awam dan kemusnahan harta benda, fasiliti serta kemudahan perubatan di Gaza.

“Beta juga ingin menyeru rakyat supaya terus bersolidariti bersama rakyat Palestin dan menghulurkan sebarang bentuk bantuan kemanusiaan bagi meringankan beban dan penderitaan mereka,” titahnya dalam sebuah kenyataan, hari ini.

Dalam hantaran sama, Seri Paduka Baginda menzahirkan sokongan kepada pendirian Kerajaan Malaysia yang membantah dan mengecam tindakan veto AS terhadap resolusi yang telah dikemukakan oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan disokong 102 negara-negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

“Dalam pada itu, Beta menyeru masjid dan surau di negara ini serta rakyat yang beragama Islam di kediaman sendiri untuk terus mengadakan solat sunat hajat dan doa selamat bagi memohon ihsan daripada Allah SWT untuk memelihara kesejahteraan rakyat Palestin,” titahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI