fbpx

Aksi Harimau Malaya kekal di SNBJ – FAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Padang SNBJ sebelum ini telah dikritik hebat selepas keadaan padang rosak terus susulan konsert Coldplay, November lepas. - Foto MEDIA MULIA

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) terus memberi mandat kepada Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) dalam memastikan Stadium Nasional Bukit Jalil sedia untuk digunakan pada aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, Mac depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan FAM, Mohd Firdaus Mohamed enggan menekan butang panik sebaliknya percaya PSM sudah belajar daripada kesilapan bagi memastikan keadaan padang SNBJ bersedia sepenuhnya.

“Kami masih percaya pada PSM kerana selepas insiden yang berlaku sebelum ini, saya pasti mereka ada belajar sesuatu.

“Sudah tentu skuad kebangsaan ingin beraksi di depan penyokong di SNBJ yang masih menjadi stadium bertuah buat Harimau Malaya.

“Saya fikir perkara ini (padang rosak) tidak akan berulang sebab mereka mempunyai tempoh masa untuk memastikan padang itu dalam keadaan terbaik. Buat masa ini, kami kekal untuk menggunakan venue tersebut (untuk aksi kelayakan),” kata Firdaus.

Sebagai rekod, PSM teruk dikecam pada dua insiden memalukan sebelum ini apabila gagal memastikan padang berada pada tahap terbaik pada kejohanan Pestabola Merdeka, Oktober lepas dan final Piala Malaysia minggu lalu.

Timbul persoalan PSM bakal mencetuskan isu yang sama apabila penyanyi antarabangsa terkenal, Ed Sheeran akan mengadakan konsert di SNBJ pada 24 Februari depan.

Sementara itu, Harimau Malaya pula akan mengharungi aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Oman pada 26 Mac nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI