fbpx

Napoli buru gelaran hadiah buat Maradona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAPOLI berjaya merakam kemenangan 2-0 menewaskan Rijeka dan menghadiahkan kemenangan itu kepada mendiang Maradona. – twitter napoli

NAPLES, Itali – Napoli mendedikasikan kemenangan 2-0 ke atas HNK Rijeka pada aksi Liga Europa di Stadio San Paolo awal pagi semalam kepada mendiang Diego Armando Maradona yang meninggal dunia akibat serangan jantung di Buenos Aires, Argentina.

Kesemua pemain Napoli turut memakai jersi bernombor 10 bagi memberikan penghormatan kepada legenda Argentina itu seminit sebelum sepak mula perlawanan tersebut.

“Diego (Maradona) ialah seorang legenda yang tidak akan pernah meninggalkan kita. Dia akan sentiasa ada.

“Kami harap dapat mendedikasikan satu kejayaan yang amat bermakna buat dirinya dan seluruh penduduk di Naples dengan menjulang gelaran Liga Europa musim ini,” kata Gattuso.

Maradona dianggap legenda Napoli selepas berjaya membantu pasukan itu menjulang dua kejuaraan Serie A pada 1987 dan 1990, selain satu gelaran Eropah iaitu Piala UEFA 1989.

Pada aksi tersebut, Napoli berjaya meraih dua gol menerusi ja­ringan sendiri pemain pertahanan Rijeka, Armando Anastasio dan Hirving Lozano pada minit ke-41 serta 75.

Kemenangan itu memboleh­kan Napoli kembali menerajui carta Kumpulan F Liga Europa dengan kelebihan dua mata ke atas pasukan di tangga kedua dan ketiga iaitu Real Sociedad serta AZ Alkmaar.

Sementara itu, satu lagi wa­kil Itali iaitu AS Roma berjaya mengesahkan slot peringkat kalah mati selepas menewaskan CFR Cluj 2-0 dalam satu lagi aksi Liga Europa yang berlangsung awal pagi semalam. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI