fbpx

Kenapa bukan Liza Hanim? Netizen ‘meroyan’ Jaclyn Victor juara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Hanya kerana ramalan tidak tepat, segelintir netizen mempertikaikan keputusan juri All Stars Gegar Vaganza (GV10) yang mengangkat Jaclyn Victor sebagai juara pada konsert akhir malam tadi.

Bagi mereka, peserta pilihan iaitu Liza Hanim atau Hady Mirza yang lebih layak untuk memegang gelaran juara GV10.

Bukan itu sahaja, kemenangan Jac juga didakwa mendapat respons hambar daripada peminat yang sudah mengikuti program tersebut sejak minggu pertama.

“Kenapa beri gelaran juara pada penyanyi yang baru sahaja menang untuk pertandingan sama tahun lalu?

“Liza hebat dan berjaya membuktikan dirinya berada dalam kelompok penyanyi wanita terbaik negara tetapi sayangnya, orang lain pula jadi juara,” kata netizen yang tidak berpuas hati.

Dalam pada itu, bukan hanya Liza, Nikki Palikat juga antara nama disebut yang layak untuk bergelar juara pada malam tersebut

Bagaimanapun, terdapat juga segelintir peminat yang mempertahankan keputusan juri mengenai pemilihan Jac sebagai juara GV10.

“Jac layak! Nyanyian solonya hebat kemudian persembahan duet juga sangat serasi dengan Datuk Jamal Abdillah.

“Tak perlulah persoal Jac layak atau tidak, kualiti nyanyian memang tiada tandingan. Kalau dilihat semula, Jac antara yang konsisten setiap minggu,” tutur netizen yang mempertahankan pelantun lagi Gemilang itu.

Semalam, Jac diumumkan sebagai juara GV10 menewaskan tujuh lagi peserta iaitu Hady, Nikki, Liza, Naqiu, Azharina, Siti Nordiana dan Tomok.

Menerusi kemenangan tersebut, Jac membawa pulang RM200,000, trofi dan pakej percutian.

Sementara tujuh lagi peserta tidak pulang dengan tangan kosong apabila turut menerima RM10,000 dan pakej percutian setiap seorang – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI